Maklumat album Kembali (album Feminin)

Album studio ketiga dan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kumpulan Feminin. Selaras dengan penambahan umur dan kematangan mereka, Feminin telah melakukan perubahan konsep album daripada ‘dance music’ kepada R&B Pop. Lagu-lagu yang diterbitkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik menjadikan album ini cukup istimewa dan berjaya membawa Feminin keluar dari imej lagu-lagu KRU. Walau bagaimanapun, sebahagian besar peminat Feminin agak sukar untuk menerima perubahan yang agak drastik ini.

Penghasilan album ini juga dilihat agak unik kerana buat julung kalinya Feminin telah menyanyikan sebuah lagu cover version iaitu ‘Hanya Sekali’ (dendangan asal kumpulan Ideal Sister) dan juga sebuah lagu Inggeris iaitu ‘Ride & Slide’. Feminin juga telah terlibat sama dalam menghasilkan lirik untuk dua lagu iaitu lagu ‘Kehadiran’ serta ‘Pesanan’.